Monday, December 3, 2012

Donald Lim: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa kerajaan akan mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967, yang dilihat terlalu ketat dan membebankan rakyat, adalah tepat pada masanya.

KUALA LUMPUR: Seramai 241,740 individu diisytihar bankrap di negara ini setakat April lalu, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 52,917 kes berlaku di Selangor dan 42,843 di Wilayah Persekutuan, manakala 70 peratus adalah lelaki dan selebihnya wanita.
"Pinjaman kenderaan menunjukkan kes kebankrapan yang paling tinggi iaitu 25.21 peratus, diikuti pinjaman persendirian 13.15 peratus, pinjaman perumahan 12.31 peratus, pinjaman perniagaan 11.26 peratus dan kad kredit 4.9 peratus,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.


Lim berkata, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa kerajaan akan mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967, yang dilihat terlalu ketat dan membebankan rakyat, adalah tepat pada masanya.

"Saya menyokong pindaan Akta Kebankrapan ini. Saya berharap pada pindaan kali ini, bank atau institusi kewangan hendaklah mencari peminjam dahulu dan bukannya seperti sekarang ini yang meletakkan bebanan ke atas penjamin sehingga mereka diisytiharkan muflis," katanya.

Lim berkata, kajian juga perlu dibuat ke atas peningkatan kes bankrap bagi pinjaman kenderaan selain memberi perhatian terhadap golongan muda yang diistihar bankrap.

"Kes bankrap individu di bawah umur 25 tahun semakin meningkat, dan kita tidak mahu mereka baru dua tiga tahun kerja sudah bankrap.
"Perlepasan dari kebankrapan juga perlu dilonggarkan supaya orang muda yang sudah bankrap diberi peluang kedua, terutama dalam bidang perniagaan," katanya. - BERNAMA

2 comments:

Unknown said...

Dato, I think the time has come to be in par with the rest of world when it comes to these laws.

Anonymous said...

YIP KUM FOOK (LAWYER) DOING DIRTY FOR MCA
Kepada ahli-ahli MCA seluruh Malaysia,
Ketua MCA Gombak YIP KUM FOOK (lawyer) semasa menjadi Majlis tempatan Selayang Baru sentiasa mengguna kuasanya tipu orang ramai khasnya wanita dan rasuah.
Namanya sangat buruk di tempat Kepong, Gombak, Rawang, Selayang dan lain-lain tempat.
Harap ahli-ahli MCA berhati-hati orang yang berlidah buaya supaya tidak terkena perangkap dan rosakan nama yang baik MCA.

To MCA members whole Malaysia,
Chief YIP KUM FOOK Gombak MCA (lawyer) during his local council of Selayang always used his powers to cheated the public, especially women and corruption.
His name is very bad in Kepong, Gombak, Rawang, Selayang and other places.
Hope MCA members must be careful crocodile’s tongue and people are not exposed to trap and spoil of good name for MCA.

马来西亚马华党员,
Ketua MCA Gombak叶金福(律师)在他当士拉央市议员, 他用权力欺骗公众,特别是妇女和贪污。
在甲洞,Gombak,万挠,士拉央和其他地方,他的名声是非常糟糕的。
希望马华党员必须小心, 鳄鱼舌头的人. 保护马华公会的好名声

MCA MEMBERS OF MALAYSIA

http://margeemar.blogspot.com/2011/01/pro-umno-mca-is-anti-buddhist.html?commentPage=7