Monday, October 15, 2012

ASIA, EROPAH MAHU WUJUDKAN SUASANA EKONOMI MAMPAN, KONDUSIF

BANGKOK, 15 Okt (Bernama) -- Menteri-menteri Kewangan Asia dan Eropah




bermesyuarat di sini hari ini dengan harapan dapat mewujudkan satu suasana



ekonomi yang kondusif bagi kedua-dua rantau tersebut yang kini diselubungi latar



belakang krisis ekonomi Zon Euro.



Timbalan Perdana Menteri Thailand, Kittiratt Na-Ranong berkata hasil



mesyuarat tersebut seharusnya membuahkan penyelesaian atau sekurang-kurangnya



mewujudkan suasana kondusif ke arah kedudukan lebih kukuh dan stabil bagi



meletakkan semula ekonomi dunia di landasannya menuju kemakmuran dan mampan.



"Ini adalah saat-saat istimewa bagi meneroka bidang-bidang kerjasama



untuk meningkatkan bukan sahaja hubungan-hubungan ekonomi dan kebudayaan tetapi



juga mewujudkan peluang pelaburan serta pekerjaan bagi kedua-dua rantau itu,"



katanya semasa merasmikan Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan Asia-Eropah



(ASEM)ke-10 di sini.



Kittiratt yang juga Menteri Kewangan Thailand berkata Asia dan Eropah saling



berkait rapat dari segi perdagangan dan pelaburan antarabangsa disebabkan



krisis yang terjadi boleh mencetuskan huru-hara di sebelah dunia yang lain.



"Kita berharap untuk melihat perdagangan Asia-Eropah tanpa perlindungan yang



ketat terutama sekali ketika kini melalui tempoh pergolakan yang sukar, dan kita



berharap dapat melihat kedua-dua modal langsung dan portfolio pelaburan,



mengalir bebas di Eurasia," katanya.



-- LAGI



THAILAND-ASEM 2 (AKHIR) BANGKOK



Kittiratt berkata kerjasama mereka adalah lebih mustahak lagi daripada



sebelum ini dalam keadaan kedudukan ekonomi beberapa negara di zon Euro sedang



melalui tempoh kesulitan.



Negara-negara Asia mengeksport hampir AS$1 trilion (RM3.2 trilion) barangan



ke Eropah manakala barangan Eropah bernilai AS$600 bilion (RM1.9 trilion) pula



diturunkan di pelabuhan-pelabuhan Asia tahun lepas.



Beliau berkata Asia berharap ia dapat membalas bantuan dan kerjasama yang



dihulurkan pemimpin-pemimpin Eropah semasa krisis kewangan Asia pada 1997.



Semasa krisis itu, pemimpin-pemimpin Eropah menunjukkan hasrat yang kukuh



untuk membantu negara-negara Asia yang dilanda masalah.



Mesyuarat sehari itu dihadiri wakil-wakil dari 43 buah negara anggota



Asia-Eropah, termasuk Malaysia.



Delegasi Malaysia diketuai Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim



Siang Chai.



-- BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

You are a big liar Donald. Shame on you MCA

Anonymous said...

林部长, 你说华裔非最大纳税者. 你好像用错了比较方式吧. 你竟然拿公司的税收来跟个人税收来比较. 这是两个不同类别的. 请问在178万纳税人里, 有几多percent是华裔纳的税? 你竟然不敢说...你只拿石油税来比较. 好像有心在误导人民哦....