Tuesday, April 3, 2012

Aktiviti hartanah meningkat 14.3%

AKTIVITI pasaran hartanah mencatat peningkatan tertinggi sejak lima tahun lalu iaitu 14.3 peratus membabitkan 430,403 transaksi, selain peningkatan nilai 28.3 peratus kepada RM137.8 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, angka itu membuktikan pasaran hartanah tahun lalu menunjukkan prestasi lebih baik dipacu pertumbuhan ekonomi kukuh selain disokong pelbagai langkah proaktif kerajaan.


“Sektor kediaman terus memacu pasaran harta keseluruhan dengan menguasai 62.7 peratus daripada jumlah transaksi. “Aktiviti pembinaan pula menunjukkan bilangan unit mula dibina dan kelulusan pelan bangunan juga meningkat tahun lalu. Ini menandakan keyakinan pemaju dan pelabur dalam aktiviti pembangunan,” katanya pada sidang media mengumumkan hasil Laporan Pasaran Harta 2011 di Kuala Lumpur, semalam.

No comments: